Wednesday, February 15, 2012

Ni yang buat aku gerammm..... sangat-sangat.....

Cute nyer...

Tengok function dalam dia... huhhhh...nampak classic sangat... Semua circle  bentuk dia...huhuhuhu...like it...
Even bentuk dia buruk... tapi bila jalan sebelah aku, dah cukup buat aku rasa tercabar.



Sejak akhir-akhir ni... selalu sangat kereta-kereta Mini Cooper lalu sebelah aku. Sampai naik geram aku jadinya. Bukan geram sebab marah, tapi geram nak tangkap satu... eeeuuuwww..... boleh ke? Geram tau tak? Cute sangat... Comel... Haishh...tak kecik sangat ke? berbaloi ke?
Tak apalah... pasang angan-angan je lah dulu. Heheehhehe... Dulu pasang angan-angan nak camera sebab ade abang kat kelas aku bawak camera dia je. Alhamdulillah dah dapat satu. Cuma lens je yang belum mampu nak tukar-tukar. InsyaAllah ade rezeki lebih nanti tangkap yang power shoot sikit. hehehehehehe

Ni datang satu lagi angan-angan nak tangkap Mini Cooper la pulak... Hadoi..... sape suro Mini Cooper bakar aku setiap hari? Kan dah pasang angan-angan lagi ni. Takpe... make it as motivation.

Bila nak dapat...lom target lagi.. Hehheehhee entah dapat entah tak.. angan-angan je la.

Kalau betul-betul nak pun kena make sure aku nye gaji 10k++ sebulan ni...hahahahahaha
Tapi kata orang, angan tu la datang nya kenyataan. Sebab bila kita betul-betul suka, kita akan usahakan seberapa yang boleh untuk dapatkan apa yang kita angankan tu. Right? 




Thursday, February 2, 2012

Don't Appear Your Asset!!!

Aku pernah baca di FB tentang statement yang menerangkan bahawa jangan terlalu kerap update status. Dan pernah juga orang menasihati aku supaya jangan update status berkaitan hal peribadi. Aku terima pendapat tersebut dan hingga kini aku tidak mengeluarkan apa-apa pun berkaitan diri aku di FB. Alhamdulillah.. I have done half of my mission. And I'll do that. Aku buktikan apa yang aku buat and not just say it anymore. Siapa pun boleh cakap, tapi untuk lalukannya, terlalu sukar.. Right?
Kalau nak bercakap biar berasas dan buktikan yang pemberi maklumat juga tidak melakukan perkara tersebut. Barulah anda dapat memberi pengajaran kepada yang disampaikan. :) 
Suatu ketika dahulu aku adalah seorang yang kerap update status di facebook. Setiap masa, ada saja yang aku post dan aku share kat FB tu. Selagi tak share, selagi itulah aku rasa orang tidak memahami perasaan aku dan apa yang aku sedang rasa. Tidak kiralah cerita gembira ataupun sedih. Kadang-kadang niat di hati tu bukan nak menghebahkan perasaan hati ni atau apa yang kita ada. Tetapi kita cuma ingin tahu pendapat orang lain. Berkongsi pendapat bukan bererti kita terima bulat-bulat semua pendapat tersebut dan bukan bererti kita menceritakan keburukan orang yang kita cakapkan tu. Tetapi tujuan sebenarnya adalah untuk mention dia bahawa kita juga tidak bersalah dalam hal tersebut dan mungkin kita tidak tahu bagaimana untuk menerangkan kepadanya secara terang-terang. Tak semua orang boleh cerita masalah dia secara terang-terang dan face to face. Ada jenis orang yang mungkin tak mahu menyakitkan hati orang lain yang sanggup simpan masalah dalam hati dan kadang-kadang tulis di mana-mana yang dia rasa selesa. Kita tak boleh halang apa yang dia buat sebab tu mungkin cara dia untuk motivate diri dia. Apa salahnya jika kita orang dimarahnya itu memohon maaf dan menerima kritikan dia secara terbuka? Orang tengah marah...memang macam tu. Apa yang berlaku semua ada sebab. Yupss... itulah manusia. Kita boleh melepaskan kemarahan dengan cara lisan dan bertulis. Dan wujudlah komunikasi Verbal and non-verbal.

Semua itu adalah aku yang dahulu. Sentiasa update status tentang apa yang aku rasa dan apa yang aku tidak puas hati. Sekarang? Aku dah ubah semua rutin aku itu dengan cara lain. Dan aku ubah semua itu juga adalah disebabkan seseorang. Walaupun teguran itu membuatkan aku semakin marah dan sampai sekarang aku tidak puas hati. Tapi setelah aku pertimbangkan semula, dan fikir semula mungkin ada baiknya aku berhenti dari kerja tak berfaedah yang hanya mungkin menyakitkan hati orang dan menyebabkan orang lain malu. Yupsss... jalan terbaik bagi aku adalah berhenti daripada update status aku di FB dan juga upload photo di FB. Daripada FB tu menyebabkan hubungan kita dengan orang lain terjejas, Its better for me to resign from update status and upload my personal photo too. Semua ni hanya kerana seseorang. Sedikit demi sedikit aku akan delete photo dalam FB dan semua photo tu aku just save in another alternative.

Macam-macam boleh jadi jika kita terlalu kerap status update kita terutama mengenai aset-aset yang kita ada seperti kereta, motor, rumah, dan semua harta benda yang kita miliki. Di FB tu mungkin ada orang yang cemburu dengan apa yang kita miliki. Kadang-kadang bila kita post picture samada kereta yang kita miliki, mungkin orang jahat di luar sana tu sentiasa memasang angan-angan untuk menyerbu kita.

Pada aku, tak perlulah kita update kalau kita beli apa pun. Perlu ke kita bagitahu orang ramai kita beli kereta baru? rumah baru? kasut baru? jam baru? atau apa saja di FB?
Just Low Profile...

Semua tu untuk keselamatan kita sendiri juga. Kadang-kadang tak tunjuk gambar penuh pun orang kat luar sana tu tahu berapa nilai aset yang kita perolehi. Bila orang dah tahu tu jangan marah la kalau orang nak menumpang kesenangan anda yer? Salah siapa? Jangan salahkan teknologi... Tapi salahkan diri anda sendiri yang tayang gambar aset anda pada umum.
Jangan terlalu percaya kawan! Walau dia orang yang rapat dengan kita. Kita tak tahu apa yang dia sedang fikirkan dan rancangkan unuk menjatuhkan kita pada suatu ketika kelak.

Cerita "Aku, Dia Dan FB" malam tadi cukup memberi pengajaran kepada aku. Don't too believe person although they too near with you or you very know that person cause may be one day they will abuse you from back. 


That all for today...
Created by;



  

Wednesday, February 1, 2012

4 Bulan Sudah

Sedar-sedar dah 4 bulan aku menjadi tunangan orang. Macam tak percaya je kan? Dah tinggal beberapa hari lagi je untuk aku memegang status 'Cik' @ 'Miss'... Hmmm...kalau perempuan dah kahwin, gelaran pada pangkal nama akan berubh kepada 'Puan'... Tetapi lelaki? Tak berubah pun kan? Dah berkahwin atau belum tetap dapat 'Encik'... Langsung takde tanda yang menyatakan dia telah berkahwin. Untung kan? Heehehehehhe... So... lelaki kenalah menghargai perempuan yang banyak membantu anda ye... Dah ada anak nanti jangan buat tak tahu...Sama-samalah pikul tanggungjawab walaupun pangkal nama anda takde pertukaran pape tu. Sekurang-kurangnya, buatlah isteri anda tu rasa dihargai dan sentiasa disayangi.



Hehehehhehe,... hari ni genap 4 bulan aku pakai cincin... cincin tunang n merisik ni kat jari aku. Syukur Alhamdulillah... Allah telah mempertemukan aku dengan dia dan bakal menemani sisa-sisa hidup aku bersamanya hingga akhir hayat InsyaAllah... Walaupun kami kenal tidak lama, tapi aku rasa dialah orang yang dapat membimbing dan menjaga aku dan keluaga kami nanti. InsyaAllah...

Semoga hubungan kami akan sentiasa bahagia dan semakin bahagia dari hari ke hari... Amin....

Tuesday, January 31, 2012

Bowling-Bowling time...uhukkk.....

Bowling??? Woohoooo..... mane aku tau main beb... Tak memasal kene join main bowling gak...
Masuk longkang? Haruslah... tapi time tangan sakit la... hehehehehehe rase tulang bahu bergerak-gerak... macam masa bahu patah dulu. cuma sekarang tak sakit la. rasa macam tulang bunyi.heheheehhehe biase la tu

CANDID... OH CANDID... YEZZA... LIKE IT... SERONOK DAPAT CANDID NI. 
*KEPUASAN DALAM SNAPPING... :-)




BARU SAMPAI + BORAK-BORAK KOSONG JER
Ni 1st  time la aku join diorang. Yer la... aku pun bulan Feb 2012 ni baru cukup setahun kerja kat sini. So... tak banyak sangat jumpa dengan waktu-waktu macam ni. Sebelum ni aku tak sebaik ni.. ahakksss... biasalah... da dok kat Melaka tu... abis class je balik rumah sewa... pastu terus terbongkang... malam-malam  kuar kol 10 malam gi late movie dengan dak-dak serumah... tak pun dengan member-member kat class... da la g late movie... makan kat luar... Klebang... tengok-tengok jam da pukul 3 pagi... alamak... gate UiTM da tutup ler... bukan da tutup lagi... memang sure tak boleh masuk lagi da. Lubang2 pun takde. Finally amek keputusan tido kat masjid tepi jalan la... Memang idea gile bdk2 rumah aku la masa tu... Dah tak takut pape masa tu... ahahahahahahaha.... Bangun tido subuh je... rupa2nya sebelah tangga masjid tu kubur... wahhhh.... ade panjang cerita lagi... next page la cerita..hehehehehehhee.... sekarang da insap da... da tak kuar malam n da takde scandal banyak2 macam dulu... OK.... sekarang setia pada sorang tu je la... :P
OK2... sambung topic bowling lagi... heehhehehe...










PILIH-PILIH KASUT TIME... ADE SIZE KER???
OOPPPPSSSS....

Ni da watpe la pulak ni??? Ambil kasut kasut kat kaunter pun nak snap pic gak ke?
OOoooo... haruslah.... penting tu... macam iklan Canon EOS tu la... Di setiap gambar ada irama... eh..betul ke? hehehehee.. hentam saja lah... ade aku kisah?ohohohoho.... Seronok tengok gelagat orang ni..hehehehe...
Dulu mesti orang tengok gelagat aku kan? adoyai.... da la buruk perangai aku dulu....hohohoho...



PERASMIAN


No comment here... Dunno how n what to say...
Just say enjoy it... :)



STAND BY... + FOCUS...

Ok... Semua dah dapat bola masing2? Jangan berebut-rebut yer...hehehehehee... 
Focus...Focus.... kene score... 1 bola masuk longkang denda RM1..ahakksss...
Sorry la... tangan saya memang tak kuat sangat atas sebab2 tertentu... hehehehhehee nak angkat bola tu boley... tapi bab hayun tu agak failed r... bebunyi-bunyi da tulang ni.hehehehehe ngeri..




AND GO.....

*AKSI-AKSI MAUT SCORER...
GLUPPSSsss... GANAZZZ....

Woohoooo... Power la diaorang ni... kalah yang da pro... memang scorer betul la... tengok cara je da cukup menyeramkan...hahahahahhahaa... pape pun.. tengok je la... xmo comment pape sangat.
hehehehehe















~ JUST LOOKING AROUND ~

Ni la persekitaran semasa perlawanan tersebut...
Diaorang semua tak perasan aku tengah candid ni... ssyyyhhh.....














SECOND HALF SCORE

Ni da nak abis da ni... tangan pun da terseliuh...heeheheehhe.. tah pape je....




 




Blogger templates

Popular Posts