Friday, October 21, 2011

Segalanya bermula dari FB

Terlalu banyak peristiwa yang berlaku pada akhir tahun 2010. Memang susah nak memilih mane yang betul2 menepati citarasa aku n family aku. Sebab kita pun tak tahu mane yg ok n mane yg x ok. Hehehehe da la kene pilih antara 2... Memang aku tak pandai memilih..So setelah berfikir panjang terpaksa lah aku menolak kedua-dua nya sekali. Ape pun smue nye telah berlalu. Dan aku tak kn kembali semule pada peristiwa tersebut...Memang susah bila berkawan dan kawan tersebut menganggap kita lebih daripada seorang kawan. Semua ni kita yg memilih, dan Allah yg tentukan siapa orang yang sesuai dengan kita. Tak semestinya orang yg kita da lama kenal n berkawan tu jodoh kita. Semua tu ketentuan Allah, mungkin kita hanya dijodohkan sebagai kawan biasa sahaja dan bukan nya sebagai pasangan seumur hidup. Semoga dia bertemu dengan perempuan yg lebih baik n lebih sesusai dengan nye berbanding diri aku yg tak dapat membahagikan dia.Amin....

Selepas aku melepaskan kedua-dua orang tu, Si Fizi lak chat ngan aku kat FB.
https://www.facebook.com/profile.php?id=100000326916488 tanye aku..."akak single lagi ke?". Hmmm...ayat aku mc biase la.."akak memang single lagi pun slagi belum ade sesape yg melamar akak depan family akak.Kenapa tetibe tanye2 ni?" "Saya ade kawan baru putus cinta. Dia suruh saya carikan gf untuk dia. Akak nak tak? Dia tu kawan baik saya sejak dr kecik lg.Dia baik, tapi keje kat Klang la. Akak add la dia kat FB. Nanti sy bg FB dia pada akak." Hmmm bdk ni bkn bole caye. Hari tu pun dia kenalkan aku pd kwn dia yg sengal n tetibe moody kat aku tanpa sbb. Klaw dia da moody ngan aku tanpa sebab aku pe lg? Bertambah2 la moody aku! Haahahahaha last2 xjd kawan dgn org tu. "Akak tak nak la...nnt kang jadi mcm hari tu yg fizi kenalkan pd akak..tak memasal nk marah2 pastu pakse2 akak wat tu la...wat ni la...rimas la lelaki yg kene dgr ckp dia je. Belum ape2 da nk arah2 kan kita ikut ckp dia." "Yang ni lain la kak...Sy berani jamin yg ni OK. Takpe la akk kawan2 je la dulu ngan dia. Klau OK akk terima je la dia." "Hmmmm...OK dsebabkan ade jaminan akk terima. Tapi terima sebagai kawan je OK? Suruh la dia Add akak dulu." "Takpe..akk add je dia. dia jarang on9 kat FB. ni FB dia http://www.facebook.com/harun.b.jamalludin " Huhuhuhu ms tu gak aku add..huhuhuhu terpakse tu. Si fizi la yg beriya sgt! Huhhhhh......

Cerita ni bkn terhenti setakat add kat FB jer....

Thursday, October 20, 2011

Welcome.....

Assalamualaikum.....
Welcome to my blog.....
1st of all I would like Thanks to all of u coz read my poor blog....
Blog ni pun takde ape2 info sgt... saje suke2 jdkan blog ni sbg hobi baru. Kat sini nak kutuk ke...puji ke...ucap terima kasih ke...ape2 pun boleh. yang penting cume tulisan yg tak bernyawa..harap2 tiade sesiape yg kecik hati...
klau nak maki2 guna suara lagi la org panas hati..so kita cube pendekatan lain dgn menulis...mungkin yang tak terluah dgn kata-kata akan terluah dgn tulisan.btol tak? takde la kita simpan dalam hati smpai jadi busuk dan bernanah kn? ape pun itu cara aku la..

aku mmg xsuke marah org...kesian...nk hon org wat salah kat jalan raya pun aku tak sampai hati sbb tkut2 klaw org tu ade sakit jantung ke...ade lemah semangat ke...ishhh dibuat nye dia stuck kat tgh2 tu lagi la naya aku... biase nye aku mengalah je la...MELAINKAN.... org tu nk curik jalan laluan aku... hahhhh..part ni mmg  aku tak suke... sakit hati tau x? kita da dok kaki sakit tekan clutch sbb jammed.. dtg krete sblh yg potong Q amek jln aku... sorry yer... sy pun ade hal gak... sila ikut barisan...TQ...

hehehehehehehee ok2 smbg crite kat page lain yer..kang aku terbebel lame2 lak kat page ni.

ape pun...klaw ade sesape nk tempah kad kahwin...banting...banner...paper bag..poster..flyers...n mcm2 lg jenis percetakan boley jer...just email or comment kat bwh ni...or just leave me ur contact no. I will try to help u.. OK... CU

My Biz

ade sesiape yang nak tempah kad kahwin?
boley design sendiri
boley pilih di sini n tempah sekali
harga bergantung pada harga bahan mentah & bgantung pada kos phantaran.
ni cume contoh je... design boley ubah2 ikut citarasa korg sendiri,... mane la tau bile tgk design ni korg dpt idea nk wat design yg lebih baik drpd ni kn? bkn slalu nk wat kad kahwin kn? skali seumur hidup... so... buatla yg tbaik yer....
design sy akn mnyusul di page yg seterusnya,.... TQ..












Wednesday, October 19, 2011

Rahsia Disebalik Gerak Geri Seseorang....


  • Memicit Atau Memegang Hidung
Tidak mudah tertipu dan sangat berwaspada dlm apa juga tindakan yang dilakukan.
Seorang yang pemalu dan sukar utk berkongsi rahsia besar dgn org lain kecuali org yang benar2 dipercayai.

  • Meletak Tangan Pada Bahu Kawan
Suka ikut kepala sendiri
Pentingkan diri sendiri
Teman yang sangat mengambil berat dan prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh teman2 rapat 

  • Bermain Dgn Tangannya
Mempunyai tahap humor yang tinggi
Pandai berjenaka
Bersikap terbuka dan dapat menerima kritikan atau pandangan org lain tanpa ambil hati
Jenis open minded

  • Mematahkan Jari Jemarinya
Seorang yang gugup dan kurang yakin utk berbicara dgn org lain
Baik hati dan sedia membantu sesiapa saja

  • Menggigit Kuku
Gugup dan gementar bila berbicara
Agak tertutup dalam membicrakan rahsia hati

  • Memintal Hujung Rambut
Suka berkhayal
Sukar diperdayakan
Keras kepala

  • Menongkat Dagu
Pendengar yang setia dan rahsia akan selamat ditangannya
Suka mendengar masalah teman2
Setia dlm persahabatan

  • Suka Letakkan Tangan Atas Meja
Happy go lucky dan pandai menyesuaikan diri
Peramah
Suka bergantung pada orang lain

  • Menggosok 2 Telapak Tangan
Ramah dan berfikiran matang
Suka berterusterang dan tidak suka ckap berbelit2
Muudah memahami perasaan org lain dan suka membantu

  • Memutar Cincin
Sangat menepati janji
Berhati2 dlm tutur kata
Gemar hidup yang teratur


Tahukah sebenarnya banyak benda yang yahudi laknat ni sembunyikan pada pengetahuan umum.







1) Israel merupakan salah satu pembekal rokok terbesar dunia, namun rakyatnya tidak digalakkan menghisap rokok yang mereka cipta kerana mereka tahu akan bahana dalam kandungannya!.

2) Israel mempunyai kepakaran dalam mencipta vaksin dan mahir dalam ilmu perubatan, namun ilmu itu hanya untuk orang luar, kerana mereka tahu bahan kimia yang terdapat dalam ubat akan merosakkan untuk satu jangka masa panjang. Penduduk israel sendiri menggunakan Habbatus Sauda dalam perubatan harian.


3) Taktik kaum ibu di Israel ketika mengandung ialah si ibu/ isteri akan mendengar si suami membaca, menyanyi atau mereka akan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama untuk mendapat bayi yang bijak dan petah kerana pada ketika ini fikiran dan perasaan si isteri adalah bersambungan dengan anak dalam kandungan berbanding anda bercakap padanya di perut.


4) McDonald di israel telah membuat pengubahsuaian contohnya dari segi minuman. Mereka menggantikan kopi berkafein kepada teh yang mengandungi polyphenols, iaitu unsur kimia yang berfungsi sebagai antioksidan berkekuatan besar untuk membuang sel rosak dan mencegah kanser. Kita disini masih lagi menggunakan KAFEIN BERBAHAYA!


5) Di Israel, mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan makanan utama. Ini kerana hakikatnya dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. Sedangkan disini kita dimomokkan dengan memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut.


6) Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?


7) Majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara Arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri dan antisipasi?


8 ) Di Palestin, penduduk kristian Palestin dan Palestin Muslim bersatu melawan penjajah yahudi


9) Pelajar-pelajar di sekolah dilatih dengan taktik ketenteraan dalam bersukan seperti menembak dan mamanah bagi melatih otak memfokus sesuatu perkara dan mempersiapkan diri jika perkhidmatan diperlukan dimasa akan datang.


10) Hosni Mubarak merupakan tulang belakang Israel dan Amerika selama 30 tahun!

Tuesday, October 18, 2011

Tanda-Tanda Lelaki Yang Belum Bersedia Untuk Nikah


1. Terus 'tutup mulut' apabila anda bertanya kepadanya mengenai kesediaannya untuk berumahtangga. 

2. Tidak pernah ada niat untuk menemui orang tua anda walaupun anda sudah berusaha untuk mempertemukan dengan orang tua anda. 

3. Tidak pernah memegang janji. Melupakan dan membatalkan janji dengan anda bukan perkara yang menganggu fikirannya. 

4. Tidak pernah benar-benar memerlukan orang lain. Mungkin dia banyak teman atau sanak saudara, tapi tidak ada yang benar-benar akrab dan dekat dengannya. Jadi, dia memang tidak mengerti makna 'ikatan'

5. Jarang memperkenalkan anda kepada kenalannya. 

6. Mudah bercinta dengan wanita lain.

7. Tidak pernah membincangkan masalah peribadinya dengan anda. Juga tidak mengizinkan anda untuk mengetahui masalah peribadinya dengan anda. 

8. Terlalu menganggap bahawa segala-galanya mesti sempurna. 

9. Berulangkali dia menceritakan mengenai keburukan-keburukan dirinya kepada anda

Saturday, October 1, 2011

My Engagement Day (011011)



haishhh.....macm tak caye lak aku tunang kn?
hmmm... mmg tu la lumrah hidup bile umur da capai area 25 ++ ni kn...
mule2 tunang.. pastu kawin... pastu dpt ank insya Allah... then bile da tua.. dpt cucu... huhuhuhu mcm tu la pjalanan hidup manusia... yang sememamgnya kita yak bole nak elak....

sbnrnya nk buat majlis ni 021011. tapi cemane tah boley tukar tarikh last minit...
so.. jadilah 011011...
cantik kn tarikh ni? hheheheehehe mmg la cantik incik tunang yg bg tarikh ni... hehehehee
ape pun hopefully hubungan kitaorg xde pape halangan n jodoh kami dipercepatkan...
amin....

Terima Kasih kepada family incik tunang kerana dtg hantar rombongan meminang di pondok buruk family sy...
maaf lah klaw layanan kami tidak seberapa n hidangan biase2 je...
ape pun kami sekeluarga mengucapkan ribuan terima kasih...

tak lupe gak pade fizi https://www.facebook.com/profile.php?id=100000326916488 sbb knlkan akk pd dia yer... klaw fizi xknlkn pd akk agaknye smp bile la akk asyik ber "scandal" aje... hehehehehee
oppss..... mengenal lelaki... bkn berscandal yer...
Alhamdulillah.... mak boley terima dia ms 1st time bwk dia dtg umah...
yg sblm2 ni smue mak bg comment...
hmmmm... ilmu ape yer incik tunang pakai smp leh pikat hati mak sy?
along sy yg garang n cerewet tu pun dia layan awk ok jer siap offer tido kat bilik kosong mase majlis kawin kak jah hari tu... hehehehehhe tp incik tunang ckp tdo kat dpn je la... malu.... ohohohohohohhoo.... malu konon...










 










Blogger templates

Popular Posts