Thursday, February 2, 2012

Don't Appear Your Asset!!!

Aku pernah baca di FB tentang statement yang menerangkan bahawa jangan terlalu kerap update status. Dan pernah juga orang menasihati aku supaya jangan update status berkaitan hal peribadi. Aku terima pendapat tersebut dan hingga kini aku tidak mengeluarkan apa-apa pun berkaitan diri aku di FB. Alhamdulillah.. I have done half of my mission. And I'll do that. Aku buktikan apa yang aku buat and not just say it anymore. Siapa pun boleh cakap, tapi untuk lalukannya, terlalu sukar.. Right?
Kalau nak bercakap biar berasas dan buktikan yang pemberi maklumat juga tidak melakukan perkara tersebut. Barulah anda dapat memberi pengajaran kepada yang disampaikan. :) 
Suatu ketika dahulu aku adalah seorang yang kerap update status di facebook. Setiap masa, ada saja yang aku post dan aku share kat FB tu. Selagi tak share, selagi itulah aku rasa orang tidak memahami perasaan aku dan apa yang aku sedang rasa. Tidak kiralah cerita gembira ataupun sedih. Kadang-kadang niat di hati tu bukan nak menghebahkan perasaan hati ni atau apa yang kita ada. Tetapi kita cuma ingin tahu pendapat orang lain. Berkongsi pendapat bukan bererti kita terima bulat-bulat semua pendapat tersebut dan bukan bererti kita menceritakan keburukan orang yang kita cakapkan tu. Tetapi tujuan sebenarnya adalah untuk mention dia bahawa kita juga tidak bersalah dalam hal tersebut dan mungkin kita tidak tahu bagaimana untuk menerangkan kepadanya secara terang-terang. Tak semua orang boleh cerita masalah dia secara terang-terang dan face to face. Ada jenis orang yang mungkin tak mahu menyakitkan hati orang lain yang sanggup simpan masalah dalam hati dan kadang-kadang tulis di mana-mana yang dia rasa selesa. Kita tak boleh halang apa yang dia buat sebab tu mungkin cara dia untuk motivate diri dia. Apa salahnya jika kita orang dimarahnya itu memohon maaf dan menerima kritikan dia secara terbuka? Orang tengah marah...memang macam tu. Apa yang berlaku semua ada sebab. Yupss... itulah manusia. Kita boleh melepaskan kemarahan dengan cara lisan dan bertulis. Dan wujudlah komunikasi Verbal and non-verbal.

Semua itu adalah aku yang dahulu. Sentiasa update status tentang apa yang aku rasa dan apa yang aku tidak puas hati. Sekarang? Aku dah ubah semua rutin aku itu dengan cara lain. Dan aku ubah semua itu juga adalah disebabkan seseorang. Walaupun teguran itu membuatkan aku semakin marah dan sampai sekarang aku tidak puas hati. Tapi setelah aku pertimbangkan semula, dan fikir semula mungkin ada baiknya aku berhenti dari kerja tak berfaedah yang hanya mungkin menyakitkan hati orang dan menyebabkan orang lain malu. Yupsss... jalan terbaik bagi aku adalah berhenti daripada update status aku di FB dan juga upload photo di FB. Daripada FB tu menyebabkan hubungan kita dengan orang lain terjejas, Its better for me to resign from update status and upload my personal photo too. Semua ni hanya kerana seseorang. Sedikit demi sedikit aku akan delete photo dalam FB dan semua photo tu aku just save in another alternative.

Macam-macam boleh jadi jika kita terlalu kerap status update kita terutama mengenai aset-aset yang kita ada seperti kereta, motor, rumah, dan semua harta benda yang kita miliki. Di FB tu mungkin ada orang yang cemburu dengan apa yang kita miliki. Kadang-kadang bila kita post picture samada kereta yang kita miliki, mungkin orang jahat di luar sana tu sentiasa memasang angan-angan untuk menyerbu kita.

Pada aku, tak perlulah kita update kalau kita beli apa pun. Perlu ke kita bagitahu orang ramai kita beli kereta baru? rumah baru? kasut baru? jam baru? atau apa saja di FB?
Just Low Profile...

Semua tu untuk keselamatan kita sendiri juga. Kadang-kadang tak tunjuk gambar penuh pun orang kat luar sana tu tahu berapa nilai aset yang kita perolehi. Bila orang dah tahu tu jangan marah la kalau orang nak menumpang kesenangan anda yer? Salah siapa? Jangan salahkan teknologi... Tapi salahkan diri anda sendiri yang tayang gambar aset anda pada umum.
Jangan terlalu percaya kawan! Walau dia orang yang rapat dengan kita. Kita tak tahu apa yang dia sedang fikirkan dan rancangkan unuk menjatuhkan kita pada suatu ketika kelak.

Cerita "Aku, Dia Dan FB" malam tadi cukup memberi pengajaran kepada aku. Don't too believe person although they too near with you or you very know that person cause may be one day they will abuse you from back. 


That all for today...
Created by;



  

No comments:

Post a Comment

thanx for the comment...

Blogger templates

Popular Posts