Tuesday, January 31, 2012

Itulah WANITA



Jika seorang wanita itu menangis di hadapanmu atau kerana dirimu,
Itu bererti dia tak dapat menahannya lagi.
Jika kamu memegang tangannya saat dia menangis,
Dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.
Jika kamu membiarkannya pergi,
Dia tidak akan pernah kembali lagi menjadi dirinya yang dulu.
Selamanya,
Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Kecuali di depan orang yang amat dia sayangi dan kerana orang yang disayangi.
Dia menjadi lemah.
Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Hanya jika dia sangat menyayangimu,
Tiada lagi rasa egonya....

Hargailah wanita yang menyayangimu
Pasti dia akan menghargaimu sepenuh hatinya juga
Hati seorang wanita sangat lembut
Mudah tersentuh
Mudah terasa
Walau dengan sebab perbuatanmu tidak kamu perasan
Atau tutur katamu yang agak menyinggung perasaannya.
Itulah hakikatnya menyayangi atau disayangi seorang yang bernama WANITA

Percayalah bahawa dia amat menyayangimu
Menyayangi dirimu lebih daripada dirinya sendiri
Pujuklah dia sebaik yang mungkin
Jangan biarkan dia terus bersedih terlalu lama
Semakin lama dia bersedih semakin dalam luka dihatinya
Semakin lama kamu biarkan dia bersedih semakin teruk andaiannya terhadap dirimu
Walau sedih dia tetap mengharapkan dirimu memujuknya
Dia tetap setia menanti walau berapa lama sekali pun.
Janganlah seksa dirinya
Kerana kamu mungkin tidak akan bertemu dengan wanita sepertinya lagi.
Kerana itulah WANITA

No comments:

Post a Comment

thanx for the comment...

Blogger templates

Popular Posts